Aqiqah Online

Sunday, February 21, 2010 hasiendaent

PENGENALAN


Program Ibadat Aqiqah Online ialah suatu program yang mewakilkan pihak pengurusan Hasienda Enterprise untuk menyempurnakan ibadah aqiqah anak atau menunaikan sesuatu hajat.

Pembeli hanya perlu mengisi borang Aqiqah Online yang disediakan di bawah dengan menyatakan butir-butir yang diminta dan membuat pembayaran kepada Hasienda Enterprise. Setelah menerima pembayaran, pihak Hasienda Enterprise akan menguruskan ibadah tersebut bagi pihak pembeli. Pembeli juga diberi pilihan samada untuk menyedekahkan daging aqiqah tersebut ke Madrasah Tahfiz berhampiran atau anda boleh datang sendiri untuk mengambil daging ternakan yang siap disembelih. Setelah ibadat aqiqah tersebut selesai dijalankan, pihak pengurusan Hasienda Enterprise akan menghantar gambar-gambar atau video sebagai bukti ibadah tersebut benar-benar dijalankan dalam masa 7 hari.

Hasienda Enterprise akan mengambil amanah untuk menyempurnakan amalan ibadat aqiqah selewat-lewatnya 3 hari sebaik sahaja menerima pembayaraan penuh dan butir-butir yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment